“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad utusanMu..”
Muqaddimah
Inilah  Cinta Yang sebenar-benarnya, Cinta yang didasarkan atas keimanan dan  ketaqwaan manusia, Cinta seorang hamba kepada Sang Maha Pencipta, Cinta  tanda syukur dan tiada kuasa selain kuasaNya, Cintakan  Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya  adalah Cinta yang luntur dan berakhir. Janganlah mencintai akan sesuatu  terlalu berlebih lebihan sehingga mengurangi cintamu kepada Allah.  Mencintailah kamu kepadanya dengan makna Kecintaanmu kepada Allah Yang  Maha Pencipta dapat diartikan memandang segala sesuatu karena Allah SWT  semata sehingga apabila kamu mencintai seseorang, cintailah dia dengan  sebenar-benarnya karena Allah.
Berbicara  mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta  monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak  keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap  cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke  arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?
Apakah  cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya adalah fitrah manusia sebagai  makhluk allah yang diciptakan untuk bersujud, bersyukur dan mengagungkan  asma Allah, bahwa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT,  atas karunia dan hidayahNya pulalah kita bisa hidup seperti sekarang  ini, bagaimana udara yang kita hirup untuk bernapas secara otomatis  keluar dan masuk, bagaimana mata kita bisa melihat keindahan dan alam  dunia, pemberianNya tidak bias dikukur dengan ukuran manusia, yang  kesemuanya itu adalah bukti tanda tanda kekuasanNya sehingga  sepatutnyalah manusia bersyukur dengan melaksanakan perintahNya dan  menjauhi segala laranganNya, mengungkapan rasa cinta dengan memandang  segala sesuatu karena Allah SWT sehingga manusia tidak berlaku sombong  dan jumawa atas harta, pangkat, kedudukannya dan tidak lupa atas  ni’matNya.
Kesenian  cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat  merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta  seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan  iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani  fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited  kepada Allah.
Permasalahan  cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini.  Pertentangan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam  menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah  umat Islam ke medan perpecahan yang memusnahkan etika spritual-membunuh  solidaritas dan menodai moral etika.
Individu  mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta  yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang  penuh jijik dan dihina.
Menyadari  hakikat ini, Faisal mencoba untuk mengurai makna dan bercerita soal  cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apalagi dalam lapisan  masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang  kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta  yang lebih menjurus kepada cinta zina yang bertemakan mainan perasaan  yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.
Semoga  Allah SWT memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam  membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari doktrin barat yang hanya akan  menyesatkan fikiran.
Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah  Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang  disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang  tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang  menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah  melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :
1. Cinta kepada Allah
Islam  meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta  kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat  dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada  Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa  yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai  Allah.
Sinaran  cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab  pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.  Firman Allah SWT :
“..(Walaupun  demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah  (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan  mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang  beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah ayat :  165)
Memiliki  cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran  keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran  untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat  kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak  mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan  yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri  di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT  (yang bermaksud) :
“..Wahai  orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari  ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia  kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat  lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah  terhadap orang-orang kafir…” (Surah Al-Maidah, ayat 54)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Anbiya’
Apabila  manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan  pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah  jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang  dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit  untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa  obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan  kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan  cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah,  para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing  sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis  yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan  daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika  terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan  memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya  lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah,  tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari  kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam  Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)
Namun,  dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari  segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta  kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita  jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan  melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang  demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah  Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang  menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi  kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk  menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin  inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah  mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana  adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu  hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika  kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku  ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara,  iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu  atau kata-kata palsu..”
(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah  indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan  menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk  membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih  menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar  umatnya dengan pesanan :
“..Dan  hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan  kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai  Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah  mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Israk, ayat 24)
Selain  daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta  sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan  atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya  maksud firman Allah SWT :
“..Nabi  Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama  dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang  (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas  kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…
(Surah Al-Fath, ayat 29)
Malah,  Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh  Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan  Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam  keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada  saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang  bermaksud :
“..Dan  orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman  sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,  dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah  diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga  mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka  sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.  ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah  ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman  keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak  masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa  agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam?  Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya  penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak  mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah  cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas  dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari  landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk  diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati
Tidak  ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan.  Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan  mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang.  Salah satu darinya ialah mainan cinta.
Tidak  sedikit orang yang terjerumus dalam lembah kenistaan. Dalam berbicara  persoalan peringkat pembinaan ‘cinta hawa nafsu’, As-Syauqi pernah  berkata :
Benar  kata Syauqi, cinta syahwat ini bermula dengan mainan mata yang tidak  mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan  saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi  pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendekatkan  diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam  menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan  batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang  bermaksud :
“..Katakanlah  (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka  menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan  memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;  sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka  kerjakan…”
(Surah An-Nuur, ayat 30)
Betapa  bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang  dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi.  Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan  persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk  tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang  berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam  kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan  masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak  memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian,  layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab  melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?
Apakah  penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah  perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai  golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan  iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.  Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga  kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa  kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)
Selain  daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir  mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka  Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri  dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam  sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan,  tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan  diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.
Sesungguhnya  cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi  dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah  kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara  zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun  itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan  rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan,  maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam  sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah,  masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam  hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.  Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan  adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin  dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara.  Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri  sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal.  Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik  mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.
Namun,  kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun  kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahwa yang hadir  hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita  sendiri sebenarnya merelakannya.
Mengapa  manusia lebih memilih syurga dunia dan bertukar dengan syurga  sebenarnya di akhirat Oleh yang demikian, apakah mereka tidak berfikir  bahwa azab neraka menunggu mereka pada hari pembalasan, dan adakah  penyelamat bagi mereka ? Tidak ada, sesungguhnya yang akan menyelamatkan  Manusia dari azab neraka adalah keimanan, ketakwaan dan ketawadhuan dan  rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Naudzubillah, semoga  kita mendapatkan syafaat dan terhindar dari ganasnya neraka jahanam.  Amin.

No comments:
Post a Comment